Thursday, January 9, 2020
.: AKTIVITI CARWASH DAN ICT
.: AKTIVITI CARWASH DAN ICT: Ini adalah kumpulan pelajar yang akan menjalankan aktiviti transisi kerjaya "Mambau Carwash" Tea...
Tuesday, August 27, 2013
Famous Streets in Kuching (Part 2)
Dikemaskini 29/8/13
Street - Lebuh atau Jalan
INDIA STREET
Rujukan
1. Pusat Rujakan Persuratan Melayu @ DBP, http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=street
Street - Lebuh atau Jalan
Menurut [1] istilah street di dalam bahasa Inggeris merujuk kepada jalan yang digunakan oleh orang awam. Tetapi saya belum lagi berjumpa instilah khusus untuk "lebuh" yang sering digunakan apabila merujuk kepada "India street" di dalam bahasa Malaysia. Oleh itu buat masa ini saya akan kekalkan istilah bahasa Inggeris untuk merujukkan kepada jalan-jalan tertentu seperti India Street, Market Street, Carpenter Street dan sebagainya.
India Street terletak di belakang Jalan Gambir. Sebelum adanya pusat membeli belah di Bandar Kuching, di sinilah penduduk kuching membeli pakaian, fabrik, buku-buku, beg sekolah dan peralatan persekolahan, bahan-bahan dan peralatan untuk membuat kuih dan sebagainya. Disini juga terdapat dua (bilangan tepat tidak dapat disahkan) restoran India Muslim yang menyajikan roti canai (atau lebih dikenali sebagai peratha di kalangan masyarakat Sarawak), nasi beriyani, rojak mamak (disini dikenali sebagai rojak tambi) dan sebagainya. Dua buah restoran India Muslim yang masih beroperasi ialah Malayan Restoran dan Jubilee Restoran. (Baru dimaklukan oleh bekas rakan sekelas di SMK Tun Abag Haji Openg, 1980an, Dora Fatimah bahawa restoran Malayan telah berubah menjadi kedai pakaian. Terimakasih Dora!).
Oleh zaman kana-kanak saya ialah lewat 1970an dan menjadi remaja pada lewat 1980an sebelum meninggalkan Kuching pada tahun Disember 1989. Maka pengalaman yang dicatat di dalam blog ini merupakan pandangan seorang kanak-kanak/remaja zaman 1970an dan 80an.
Senibina Lama
Seperi kebanyakan jalan-jalan lain yang berdekatan, deretan kedai di India Street masih mengekalkan binaan lama yang mungkin akan hilang pada masa depan.

Salleh Ahmad dan Bee Tai
India Street pada ketika itu merupakna pusat membeli belah untuk mendapatkan kain ela dan pakaian pagi penduduk Kuching terutama di musim perayaan. Sebelum kedatangan Kamdar ke Kuching dan sebelum penduduk Kuching mendengar tentang Gulatis dan Jakel melalui iklan-iklan di Tv mahupun surat khabar, toko fabrik Salleh Ahmad merupakan satu jenama kepada kain ela di kalangan wanita. Walaupun terdapat beberapa buah kedai lain yang menjual fabrik, tetapi toko fabrik ini lebih popular di kalangan penduduk.
Bee Tai pula merupakan antara butik pakaian terawal di Kuching sebelum munculnya kompleks membeli belah seperti Kuching Plaza (sekarang sudah ditutup), Hopoh, Sarawak Palza dan sebagainya. Kemunculan kompleks membeli belah ini menyebabkan satu ejekan zaman persekolahan iaitu "baju beli di Bee Tai" bermakna baju telah ketinggalan zaman. Walaubagaimanapun, sehingga kini butik ini masih wujud di India Street.
Toko Buku Abdul Rahman
Ada beberapa buah toko buku yang menjual buku rujukan, surat khabar dan alat tulsi di India Street, semuanya diusahakan oleh peniaga India Muslim. Salah satu toko yang terkenal ialah Toko Buku Abdul Rahman. Sekarang toko etrsbeut menjual kopiah, minyak atar dan sebagainya. Toko-toko buku di India Street ini sinonim dengan penjualan kad hari raya iaitu sebelum kewujudan SMS dan media sosial.
Kedai Makanan India Muslim
Terdapat dua buah kedai makanan India Muslim di sini iaitu Restoran Jubilee dan Malayan. Info dari bekas rakan sekelas menyatakan Restoran Malayan telah berubah menjadi kedai menjual fabrik manakala restoran Jubilee selepas aidil fitri masih belum dibuka. Saya cuma mendengar buat pertama kali istilah "Restoran Mamak" ketika belajar di Semanjung pada pertengahn 1990an. Di sini tiada istilah Mamak digunakan tetapi masyarakat India samada Muslim atau tidak yang merupakan golongan minoriti di sini dipanggil "Tambi". Restoran-restoran India muslin ini terkenal dengan Nasi Beriani dan Roti Canai.
Masjid India @ Masjid Bandar
India Street ini begitu dekat dengan saya. Apabila pulang ke Kuching saya kan ke sini walau sekejap dan kadang-kadang menikmati roti canai di salah satu restoran tersebut. India Street mengingatkan saya kepada Allahyarham ayah saya sering berkunjung ke sini dan makan di sini terutama selepas solat Jumaat. Tempat yang selalu dikunjungi beliau ialah Masjid India atau dikenali sebagai Masjid Bandar. Sewaktu saya berusia 10-12 tahun, beliau sering bermalam di masjid ini semingu sekali untuk mendengar kuliah agama dan apabila balik keesokan paginya beliau akan membawa beriani yang akan dikongsi oleh kami adik-beradik. Resoran inilah antar tempat saya dibawa untuk menjamu selera apabila saya mengikutinya ke bandar Kuching. Semoga Allah swt mengampunkan segala dosa-dosanya dan menempatkannya di kalangan orang-orang beriman. Amin.

![]() |
Pembuat roti canai di Restoran Jubilee. Walaupunkurang meriah seperti dulu, resoran ini masih lagi beroperasi. |
Masjid India @ Masjid Bandar
India Street ini begitu dekat dengan saya. Apabila pulang ke Kuching saya kan ke sini walau sekejap dan kadang-kadang menikmati roti canai di salah satu restoran tersebut. India Street mengingatkan saya kepada Allahyarham ayah saya sering berkunjung ke sini dan makan di sini terutama selepas solat Jumaat. Tempat yang selalu dikunjungi beliau ialah Masjid India atau dikenali sebagai Masjid Bandar. Sewaktu saya berusia 10-12 tahun, beliau sering bermalam di masjid ini semingu sekali untuk mendengar kuliah agama dan apabila balik keesokan paginya beliau akan membawa beriani yang akan dikongsi oleh kami adik-beradik. Resoran inilah antar tempat saya dibawa untuk menjamu selera apabila saya mengikutinya ke bandar Kuching. Semoga Allah swt mengampunkan segala dosa-dosanya dan menempatkannya di kalangan orang-orang beriman. Amin.
![]() |
Masjid India tau lebih dikenali sebagai Masjid Tambi (Nama rasminay Masjdi Bandar) adalah antara masjid tertua di Bandaraya Kuching. |
Kembar India Street
India Street dihubungkan dengan Jalan Gambir oleh sebuah lorong sempit yang menjadikan kedua-dua jalan ini sebagai sepasang kembar. Lorong ini menjadi jalan pintas untuk pergi ke jalan gambir atau sebaliknya. Lorong ini jugalah yang digunakan untuk pergi ke Masjid India.
1. Pusat Rujakan Persuratan Melayu @ DBP, http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=street
Monday, August 26, 2013
Famous Streets in Kuching (Part 1)
Sebahagian daripada projek photobook mengenai bandaraya Kuching. Harap idea ini tidak dicetak rompak.
Di bandaraya Kuching terdapat beberapa jalan yang sinonim dengan penduduk Kuching sejak beberapa dekad dahulu. Setiap jalan mempunyai peranaan dan keistimewaan tersendiri.
![]() |
Sumber : https://maps.google.com/maps?hl=en&tab=Tl&q=main%20bazaar |
Jalan ini sebenarnya terletak di sepanjang jalan Tunku Abdul Rahman. Sebelum adanya Tebingan Kuching, terdapat beberapa buah bangunan gudang (godown) dan dereten kedai yang masih wujud walaupun fungsinya sudah berubah. Dahulu kedai-kedai ini menjual barangan keperluan tetapi sekarang sudah berubah menjadi pusat jualan kraftangan dan cenderahati. Pada tahun 1970an dan lewat 80an dua buah bank di sepanjang jalan ini iaitu HSBC yang terletak dipermulaan jalan dan Malayan Banking Berhad (Sekarang Maybank) di bahagian paling hujung sekali berhampiran dengan pusat fotokopi Bomas. Walaubagaimanapun ianya sudah tiada lagi beroperasi di situ. Di situ juga terdapat kedai menjual piring hitam dan kaset audio pada ketika itu. Terdapat sebuah kedai buku yang selalu saya kunjungi untuk membeli buku rujukan dan alat tulis tetapi saya tidak pasti samada ianya masih wujud atau tidak.
![]() |
Alamat ini seolah-olah menjadi ikon kepada main bazaar tanpa saya sedari telah menjadi subjek oleh beberapa jurufoto tetapi dari sudut pandang yang lain.
|
![]() |
Gambar di atas merupakan salah satu kedai perkakasan yang masih wujud di main bazaar. Ini adalah contoh komposisi asimetri atau lebih dikenali sebagai "one third rule" oleh sebilangan jurufoto.
|
Di tebingan Kuching terdapat sebuah bangunan era brook yang masih wujud sehingga kini iaitu Square Tower yang dibina pada tahun 1879. Ianya pernah dijadikan penjara, kubu dan dewan tarian. Sekarang dijadikan pusat maklumat multimedia dan teater video yang menyediakan maklumat berkaitan tarikan pelancongan di Sarawak [1].
Saya lebih suka mengambil gambar detail tentang Square Tower ini bagi memberi imej yang berlainan dari imej-imej sebelum ini. Imej-imej yang dirakam berkonsepkan "Minimalist photography".
Ketiga-tiga gambar di atas menunjukkan senibina era kolonial (saya akan semak kemudian untuk mengesahkan berkaitan senibina ini). Gambar paling atas dirakam menggunakan komposisi asimetri (asymetric) dan gambar kedua menggunakan komposisi simetri (symetric).
Tingkap tingkat atas Square Tower masih mengekalkan tingkap kayu.
Akan datang...
India Street
Carpenter Street
Wayang Street
Rujukan:
1. http://www.isarawak.com.my/kuching/ts2.html
Sunday, August 4, 2013
Dedahan (Exposure)
Dedahan (Exposure)
Elemen yang terdapat di dalam kamera digital yang berfungsi untuk merakam imej seperti mana filem berfungsi dahulu di kenali sebagai "sensor" atau nama spesifiknya "Image Sensor".
Sumber : http://thetechblock.com/canon-image-sensor-sees-in-dark/
Jumlah cahaya yang dapat dirakam oleh sensor ini dikatakan sebagai dedahan (exposure).
Bagaimana kita mengawal dedahan (Exposure)?
Di dalam kamera terdapat 3 komponen yang berfungsi mengawal dedahan (exposure) iaitu:
1) Aperture
2) Shutter
3) ISO
Aperture adalah mekanisme yang terdapat di dalam lensa yang mengawal jumlah cahaya masuk ke melaluinya. Shutter pula bertindak sebagai seperti tingkap yang mengawal tempoh cahaya dirakam oleh sensor manakala ISO mengawal kadar sensitiviti sensor terhadap cahaya tadi.
Ketiga-tiga komponen memberika kesan sampingan yang berlainan kepada gambar (Akan diterangkan kemudian).
Kamera DSLR membolehkan pengguna mengawal ketiga-tiga elemen ini manakala kebanyakan kamera kompak hanya membolehkan kita menukar nilai ISO sahaja.
Namun bergitu, apa yang saya dapat perhatikan kebanyakn pengguna yang membeli kamera DSLR hanya menggunakan butang Auto untuk merakam gambar. Ini bermakna mereka menyerahkan tugas menentukan setting rakaman 100% kepada kamera sama seperti menggunakan kamera poing and shoot melainkan mereka mempunyai kelebihan memiliki sensor yang lebih besar berbanding dengan kamera point and shoot.
Bersambung...
Saturday, August 3, 2013
"A picture is worth a thousand words"
Kita sering mendengar ungkapan bahasa inggeris "A piccture is worth a thousand words" apabila merujukan kepada sebuah gambar. Menurut [1], tersebut merujuk kepada bagaimana kita boleh menyampaikan idea yang kompleks di dalam sebuah gambar tanpa menggunakan ayat, audio and video.
Unsur-unsur penting di dalam sebuah gambar
1) Subjek
Merujukan kepada objek tertentu seperti manusia, haiwan, tumbuhan, bangunan dan sebagainya yang dirakam di dalma gambar.
2) Elemen sokongan
Selain subjek, elemen-elemen yang perlu diambil kira semasa merakamkan gambar ialah warna, bentuk garisan dan tekstur.
Rujukan
1. http://en.wikipedia.org/wiki/A_picture_is_worth_a_thousand_words

Minimalist Photography
Salah satu gambar yang boleh dirakam menggunakan kamera "compact" ataupun kamera telefon ialah yang bertemakan "minimalist photography". Saya belum menjumpai istilah ini di dalam Bahasa Melayu.
Apakah itu minimalist photography?
Minimalist berdasarkan kepada [1] merupakan satu pendekatan yang sederhana untuk menghasilkan satu imej yang menarik. Di dalam fotografi, pendekatan "minimalism" di dalam karya fotografi merujuk kepada sebarang hasil fotografi yang ringkas dan menggunakan elemen yang sedikit bagi menghasilkan kesan maksimum[2]. Elemen-elemen yang terdapat di dalam sebuah karya merujuk kepada warna, bentuk, garisan and tekstur [3]. Di dalam [3] juga dinyatakan langkah-langkah untuk menghasilkan foto menggunakan konsep minimalism ini.
Konsep minimalism ini boleh dikatakan untuk menghasilkan karya fotografi yang ringkas, mengandungi bilangan elemen sedikit tapi memberikan kesan audien. Seperti kata pepatah bahasa inggeris "Less is More".
Contoh-contoh gambar berkonsepkan minimalist yang telah saya rakam menggunakan
Canon 60D dan lensa 70-200mm 2.8 dan lensa 17-85mm.
Gambar ini saya rakam sewaktu meninjau pemandangan di tingkat atas Setia City Mall. Tatkala melihat kanak-kanak perempuan ini berlari dan menari, saya dapati ianya merupaka satu momen yang baik untuk dirakam.
Gambar ini adalah pemandangan di pulau mamutik, sabah.
Gambar di atas pula adalah pemandangan pantai berdekatan Sutera Harbour di Sabah.
Gambar ini dirakam di GMI, Bang sewatu mengajar satu program "finishing school" untuk pelajar-pelajar Sains Komputer UiTM / Unimas.
Gambar terakhir tersebut saya rakam menggunakan lensa 17-85m manakala yang lainnya saya rakam menggunakan 70-200mm 2.8. Walaubagaimanapun, kamera dan lensa bukanlah satu-satunya faktor untuk menghasilkan gambar yang menarik. Saya akan cuba tunjukkan hasil menggunakan kamera LUMIX LX-7 dan EOS-M pula.
Rujukan:
1. http://dictionary.reference.com/browse/minimalist
2. https://en.wikipedia.org/wiki/Minimalism
3.http://photo.tutsplus.com/articles/composition-articles/a-10-step-guide-to-superb-minimalist-photography/
Pengenalan
Saya ingin mengisi semula blog ini supaya ianya dapat digunakan untuk perkongsian ilmu dan kebaikan ummah. Kewujudan kamera digital membolehkan dunia fotografi berkembang dengan pesat. Penggemar fotografi bercambah dan pasaran peralatan fotografi berkembang dengan pesat. Jika dulu tahun 1980an-90an dua jenis kamera selain dari kamera "medium format" ialah Kamera SLR (Single-Lens Reflect" dan kamera kompak (compact), sekarang klasifikasi kamera berkembang seperti DSLR, Mirrorless camera, compact dan juga telefon berkamera. Perkembangan teknologi menyebabkan kualiti kamera-kamera kecil ini semakin meningkat sehingga mampu menghasilkan gambar-gambar yang sebelumnya hanya mampu diambil menggunakan kamera DSLR. Oleh itu dalam blog ini saya cuba berkongsi dengan pembaca bagaiman kamera-kamera kecil ini mampu menghasilkan gambar-gambar yang menarik disamping tips menggunakan kamera DSLR.
Saya bukan pakar dalam fotografi cuma suka berkongsi ilmu. Sebarang teguran saya terima.
Subscribe to:
Posts (Atom)