Saturday, August 3, 2013

Pengenalan

Saya ingin mengisi semula blog ini supaya ianya dapat digunakan untuk perkongsian ilmu dan kebaikan ummah. Kewujudan kamera digital membolehkan dunia fotografi berkembang dengan pesat. Penggemar fotografi bercambah dan pasaran peralatan fotografi berkembang dengan pesat. Jika dulu tahun 1980an-90an dua jenis kamera selain dari kamera "medium format" ialah Kamera SLR (Single-Lens Reflect" dan kamera kompak (compact), sekarang klasifikasi kamera berkembang seperti DSLR, Mirrorless camera, compact dan juga telefon berkamera. Perkembangan teknologi menyebabkan kualiti kamera-kamera kecil ini semakin meningkat sehingga mampu menghasilkan gambar-gambar yang sebelumnya hanya mampu diambil menggunakan kamera DSLR. Oleh itu dalam blog ini saya cuba berkongsi dengan pembaca bagaiman kamera-kamera kecil ini mampu menghasilkan gambar-gambar yang menarik disamping tips menggunakan kamera DSLR.


Saya bukan pakar dalam fotografi cuma suka berkongsi ilmu. Sebarang teguran saya terima.







No comments:

Post a Comment