Dedahan (Exposure)
Elemen yang terdapat di dalam kamera digital yang berfungsi untuk merakam imej seperti mana filem berfungsi dahulu di kenali sebagai "sensor" atau nama spesifiknya "Image Sensor".
Sumber : http://thetechblock.com/canon-image-sensor-sees-in-dark/
Jumlah cahaya yang dapat dirakam oleh sensor ini dikatakan sebagai dedahan (exposure).
Bagaimana kita mengawal dedahan (Exposure)?
Di dalam kamera terdapat 3 komponen yang berfungsi mengawal dedahan (exposure) iaitu:
1) Aperture
2) Shutter
3) ISO
Aperture adalah mekanisme yang terdapat di dalam lensa yang mengawal jumlah cahaya masuk ke melaluinya. Shutter pula bertindak sebagai seperti tingkap yang mengawal tempoh cahaya dirakam oleh sensor manakala ISO mengawal kadar sensitiviti sensor terhadap cahaya tadi.
Ketiga-tiga komponen memberika kesan sampingan yang berlainan kepada gambar (Akan diterangkan kemudian).
Kamera DSLR membolehkan pengguna mengawal ketiga-tiga elemen ini manakala kebanyakan kamera kompak hanya membolehkan kita menukar nilai ISO sahaja.
Namun bergitu, apa yang saya dapat perhatikan kebanyakn pengguna yang membeli kamera DSLR hanya menggunakan butang Auto untuk merakam gambar. Ini bermakna mereka menyerahkan tugas menentukan setting rakaman 100% kepada kamera sama seperti menggunakan kamera poing and shoot melainkan mereka mempunyai kelebihan memiliki sensor yang lebih besar berbanding dengan kamera point and shoot.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment