Sebahagian daripada projek photobook mengenai bandaraya Kuching. Harap idea ini tidak dicetak rompak.
Di bandaraya Kuching terdapat beberapa jalan yang sinonim dengan penduduk Kuching sejak beberapa dekad dahulu. Setiap jalan mempunyai peranaan dan keistimewaan tersendiri.
Sumber : https://maps.google.com/maps?hl=en&tab=Tl&q=main%20bazaar |
Jalan ini sebenarnya terletak di sepanjang jalan Tunku Abdul Rahman. Sebelum adanya Tebingan Kuching, terdapat beberapa buah bangunan gudang (godown) dan dereten kedai yang masih wujud walaupun fungsinya sudah berubah. Dahulu kedai-kedai ini menjual barangan keperluan tetapi sekarang sudah berubah menjadi pusat jualan kraftangan dan cenderahati. Pada tahun 1970an dan lewat 80an dua buah bank di sepanjang jalan ini iaitu HSBC yang terletak dipermulaan jalan dan Malayan Banking Berhad (Sekarang Maybank) di bahagian paling hujung sekali berhampiran dengan pusat fotokopi Bomas. Walaubagaimanapun ianya sudah tiada lagi beroperasi di situ. Di situ juga terdapat kedai menjual piring hitam dan kaset audio pada ketika itu. Terdapat sebuah kedai buku yang selalu saya kunjungi untuk membeli buku rujukan dan alat tulis tetapi saya tidak pasti samada ianya masih wujud atau tidak.
Alamat ini seolah-olah menjadi ikon kepada main bazaar tanpa saya sedari telah menjadi subjek oleh beberapa jurufoto tetapi dari sudut pandang yang lain.
|
Gambar di atas merupakan salah satu kedai perkakasan yang masih wujud di main bazaar. Ini adalah contoh komposisi asimetri atau lebih dikenali sebagai "one third rule" oleh sebilangan jurufoto.
|
Di tebingan Kuching terdapat sebuah bangunan era brook yang masih wujud sehingga kini iaitu Square Tower yang dibina pada tahun 1879. Ianya pernah dijadikan penjara, kubu dan dewan tarian. Sekarang dijadikan pusat maklumat multimedia dan teater video yang menyediakan maklumat berkaitan tarikan pelancongan di Sarawak [1].
Saya lebih suka mengambil gambar detail tentang Square Tower ini bagi memberi imej yang berlainan dari imej-imej sebelum ini. Imej-imej yang dirakam berkonsepkan "Minimalist photography".
Ketiga-tiga gambar di atas menunjukkan senibina era kolonial (saya akan semak kemudian untuk mengesahkan berkaitan senibina ini). Gambar paling atas dirakam menggunakan komposisi asimetri (asymetric) dan gambar kedua menggunakan komposisi simetri (symetric).
Tingkap tingkat atas Square Tower masih mengekalkan tingkap kayu.
Akan datang...
India Street
Carpenter Street
Wayang Street
Rujukan:
1. http://www.isarawak.com.my/kuching/ts2.html
No comments:
Post a Comment