Street - Lebuh atau Jalan
Menurut [1] istilah street di dalam bahasa Inggeris merujuk kepada jalan yang digunakan oleh orang awam. Tetapi saya belum lagi berjumpa instilah khusus untuk "lebuh" yang sering digunakan apabila merujuk kepada "India street" di dalam bahasa Malaysia. Oleh itu buat masa ini saya akan kekalkan istilah bahasa Inggeris untuk merujukkan kepada jalan-jalan tertentu seperti India Street, Market Street, Carpenter Street dan sebagainya.
India Street terletak di belakang Jalan Gambir. Sebelum adanya pusat membeli belah di Bandar Kuching, di sinilah penduduk kuching membeli pakaian, fabrik, buku-buku, beg sekolah dan peralatan persekolahan, bahan-bahan dan peralatan untuk membuat kuih dan sebagainya. Disini juga terdapat dua (bilangan tepat tidak dapat disahkan) restoran India Muslim yang menyajikan roti canai (atau lebih dikenali sebagai peratha di kalangan masyarakat Sarawak), nasi beriyani, rojak mamak (disini dikenali sebagai rojak tambi) dan sebagainya. Dua buah restoran India Muslim yang masih beroperasi ialah Malayan Restoran dan Jubilee Restoran. (Baru dimaklukan oleh bekas rakan sekelas di SMK Tun Abag Haji Openg, 1980an, Dora Fatimah bahawa restoran Malayan telah berubah menjadi kedai pakaian. Terimakasih Dora!).
Oleh zaman kana-kanak saya ialah lewat 1970an dan menjadi remaja pada lewat 1980an sebelum meninggalkan Kuching pada tahun Disember 1989. Maka pengalaman yang dicatat di dalam blog ini merupakan pandangan seorang kanak-kanak/remaja zaman 1970an dan 80an.
Senibina Lama
Seperi kebanyakan jalan-jalan lain yang berdekatan, deretan kedai di India Street masih mengekalkan binaan lama yang mungkin akan hilang pada masa depan.

Salleh Ahmad dan Bee Tai
India Street pada ketika itu merupakna pusat membeli belah untuk mendapatkan kain ela dan pakaian pagi penduduk Kuching terutama di musim perayaan. Sebelum kedatangan Kamdar ke Kuching dan sebelum penduduk Kuching mendengar tentang Gulatis dan Jakel melalui iklan-iklan di Tv mahupun surat khabar, toko fabrik Salleh Ahmad merupakan satu jenama kepada kain ela di kalangan wanita. Walaupun terdapat beberapa buah kedai lain yang menjual fabrik, tetapi toko fabrik ini lebih popular di kalangan penduduk.
Bee Tai pula merupakan antara butik pakaian terawal di Kuching sebelum munculnya kompleks membeli belah seperti Kuching Plaza (sekarang sudah ditutup), Hopoh, Sarawak Palza dan sebagainya. Kemunculan kompleks membeli belah ini menyebabkan satu ejekan zaman persekolahan iaitu "baju beli di Bee Tai" bermakna baju telah ketinggalan zaman. Walaubagaimanapun, sehingga kini butik ini masih wujud di India Street.
Toko Buku Abdul Rahman
Ada beberapa buah toko buku yang menjual buku rujukan, surat khabar dan alat tulsi di India Street, semuanya diusahakan oleh peniaga India Muslim. Salah satu toko yang terkenal ialah Toko Buku Abdul Rahman. Sekarang toko etrsbeut menjual kopiah, minyak atar dan sebagainya. Toko-toko buku di India Street ini sinonim dengan penjualan kad hari raya iaitu sebelum kewujudan SMS dan media sosial.
Kedai Makanan India Muslim
Terdapat dua buah kedai makanan India Muslim di sini iaitu Restoran Jubilee dan Malayan. Info dari bekas rakan sekelas menyatakan Restoran Malayan telah berubah menjadi kedai menjual fabrik manakala restoran Jubilee selepas aidil fitri masih belum dibuka. Saya cuma mendengar buat pertama kali istilah "Restoran Mamak" ketika belajar di Semanjung pada pertengahn 1990an. Di sini tiada istilah Mamak digunakan tetapi masyarakat India samada Muslim atau tidak yang merupakan golongan minoriti di sini dipanggil "Tambi". Restoran-restoran India muslin ini terkenal dengan Nasi Beriani dan Roti Canai.
Masjid India @ Masjid Bandar
India Street ini begitu dekat dengan saya. Apabila pulang ke Kuching saya kan ke sini walau sekejap dan kadang-kadang menikmati roti canai di salah satu restoran tersebut. India Street mengingatkan saya kepada Allahyarham ayah saya sering berkunjung ke sini dan makan di sini terutama selepas solat Jumaat. Tempat yang selalu dikunjungi beliau ialah Masjid India atau dikenali sebagai Masjid Bandar. Sewaktu saya berusia 10-12 tahun, beliau sering bermalam di masjid ini semingu sekali untuk mendengar kuliah agama dan apabila balik keesokan paginya beliau akan membawa beriani yang akan dikongsi oleh kami adik-beradik. Resoran inilah antar tempat saya dibawa untuk menjamu selera apabila saya mengikutinya ke bandar Kuching. Semoga Allah swt mengampunkan segala dosa-dosanya dan menempatkannya di kalangan orang-orang beriman. Amin.

![]() |
Pembuat roti canai di Restoran Jubilee. Walaupunkurang meriah seperti dulu, resoran ini masih lagi beroperasi. |
Masjid India @ Masjid Bandar
India Street ini begitu dekat dengan saya. Apabila pulang ke Kuching saya kan ke sini walau sekejap dan kadang-kadang menikmati roti canai di salah satu restoran tersebut. India Street mengingatkan saya kepada Allahyarham ayah saya sering berkunjung ke sini dan makan di sini terutama selepas solat Jumaat. Tempat yang selalu dikunjungi beliau ialah Masjid India atau dikenali sebagai Masjid Bandar. Sewaktu saya berusia 10-12 tahun, beliau sering bermalam di masjid ini semingu sekali untuk mendengar kuliah agama dan apabila balik keesokan paginya beliau akan membawa beriani yang akan dikongsi oleh kami adik-beradik. Resoran inilah antar tempat saya dibawa untuk menjamu selera apabila saya mengikutinya ke bandar Kuching. Semoga Allah swt mengampunkan segala dosa-dosanya dan menempatkannya di kalangan orang-orang beriman. Amin.
![]() |
Masjid India tau lebih dikenali sebagai Masjid Tambi (Nama rasminay Masjdi Bandar) adalah antara masjid tertua di Bandaraya Kuching. |
Kembar India Street
India Street dihubungkan dengan Jalan Gambir oleh sebuah lorong sempit yang menjadikan kedua-dua jalan ini sebagai sepasang kembar. Lorong ini menjadi jalan pintas untuk pergi ke jalan gambir atau sebaliknya. Lorong ini jugalah yang digunakan untuk pergi ke Masjid India.
1. Pusat Rujakan Persuratan Melayu @ DBP, http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=street
No comments:
Post a Comment